comscore
Tumpuan :
Nasional

Trafik sesak hampir 16km di Karak

Foto: LLM

PETALING JAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak sepanjang kira-kira 16 kilometer (km)  bermula dari KM 20.4 hingga KM 36.6 dari Gombak ke Genting Sempah setakat jam 5 petang tadi.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik bergerak perlahan sejauh 1.3 km dari KM 39.7 hingga KM41 di KLK dari Genting Sempah hingga Bukit Tinggi.

“Trafik turut dilaporkan perlahan bermula KM 77.7 hingga Plaza Tol Karak berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak pagi tadi.

“Pada masa sama, kemalangan di KM 268.1 arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menyebabkan trafik perlahan dari Bandar Ainsdale hingga Nilai, Negeri Sembilan,” katanya dalam ciapan di X.

Trafik  dilapor turut perlahan di sekitar Nilai, kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seremban, dari Bandar Ainsdale ke Seremban dan Seremban ke Hentian Senawang.

Loading...
Terkini