comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Trafik perlahan menuju ibu negara

 

Oleh Amirulhakim Lokman

BANGI: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan perlahan setakat jam 7 petang tadi.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bergerak perlahan dari arah Timur menuju ke Plaza Tol Gombak.

Lebuhraya Utara Selatan pula trafik bergerak perlahan di Bandar Baharu Jawi ke Sungai Bakap, Vista Point menuju Terowong Menora serta Bukit Gantang ke RnR Sungai Perak.

Cuaca hujan di bahagian utara turut mempengaruhi aliran trafik.

Sementara itu, trafik perlahan di selatan membabitkan Port Dickson ke Seremban dan Simpang Ampat ke Pedas Linggi.

Loading...
Terkini