Nasional

Trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama dari Lembah Klang menuju ke arah utara, selatan dan Pantai Timur, bergerak lancar.

Tinjauan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati trafik di beberapa laluan antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) fasa 1 dan 2 bergerak lancar setakat 9.50 pagi.

Aliran trafik di lebuh raya di sekitar Lembah Klang, antaranya Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), dan Lebuhraya Cheras-Kajang, kesemuanya bergerak lancar.

Sementara itu, LLM trafik menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pembukaan beberapa Smart lane yang diaktifkan di beberapa lokasi di sepanjang Lebuhraya Plus.

Selain itu, LLM memaklumkan berhubung beberapa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya KLK dan beberapa lokasi di Lebuhraya Plus, namun situasi terkawal dan trafik kekal lancar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.