Tumpuan :
Nasional

Trafik ke Pantai Timur sesak 

Foto ihsan Jalanow

KUALA LUMPUR: Trafik bergerak perlahan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti Deepavali, bermula esok.

Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menerusi laporan di akaun X rasminya menjelaskan, pertambahan kenderaan di Karak menyebabkan kesesakan sejauh 6.2 kilometer (km) arah barat dari KM 26.0 hingga Tol Plaza Gombak.

Trafik juga dilaporkan perlahan sejauh 16.1km susulan kenderaan rosak di KM 35.9 arah timur (Gombak-Genting Sempah).

Bagaimanapun, kenderaan rosak dialihkan dan kesemua lorong telah dibuka.

Sementara di LPT1, trafik sesah sejauh 5.4km dari KM129.5 hingga KM124.5 arah Barat (Temerloh).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad Imran Gulcharan Abdullah, berkata, hampir satu juta kenderaan dijangka menghala ke Pantai Timur menggunakan Lebuhraya KLK dan LPT1 bermula hari ini sempena cuti Deepavali.

Katanya, pihaknya menjangkakan sebanyak 692,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh bermula hari ini sehingga Isnin ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini