Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] TPM umum peruntukan RM10,000 kepada MPP UiTM

 

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

SHAH ALAM: Kesemua 13 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di 34 kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menerima peruntukan sebanyak RM10,000.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu perlu dibelanjakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Pertengahan tahun ini, saya berikan RM10,000 untuk setiap MPP dan saya minta mereka buat aktiviti mengikut garis panduan.

“Pada akhir tahun ini, insya-Allah kalau mereka membelanjakan mengikut garis panduan yang diberikan, saya akan isytihar untuk tambah,” katanya.

Ketika ditanya mengenai garis panduan berkenaan, beliau berkata MPP bertanggungjawab menangani permasalahan yang timbul dalam kalangan pelajar terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Satu, mesti menangani permasalahan dikalangan pelajar, terutamanya pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan. Begitu juga dari segi aktiviti motivasi dan sebagainya.

“Ketika cuti semester mereka harus pergi ke kawasan desa untuk membantu anak-anak desa dan memberikan motivasi untuk memasuki institut pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Riang Raya bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM di UiTM Puncak Alam, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyantuni lebih 5,000 mahasiswa dalam majlis berkenaan.

Loading...
Terkini