comscore
Tumpuan :
Nasional

TPM ucap takziah atas pemergian aktivis politik

Foto: Zahid Hamidi/Facebook

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga penulis blog dan aktivis politik Allahyarham Datuk Mohammad Rafi Awang Kechik yang meninggal dunia petang semalam.

Menurut Presiden UMNO itu, beliau sempat menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), 5 petang semalam, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.40 petang.

Datuk Seri Ahmad Zahid menyifatkan Allahyarham sebagai seorang kenalan yang setia dan sering membuat semua tertawa setiap kali berada bersama beliau.

“Siapa sangka, pertemuan jam 5 petang tadi merupakan pertemuan terakhir saya bersama Allahyarham Datuk Mohammad Rafi Awang Kechik sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beroleh ganjaran syurga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, anak Allahyarham Fazrin Anwar memaklumkan bapanya meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Beliau berkata bapanya yang juga veteran UMNO itu dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu susulan faktor kesihatan yang merosot dan doktor mengesahkan Allahyarham menghidap kanser buah pinggang.

Jenazah akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Danau Kota, Kuala Lumpur.

Loading...
Terkini