Oleh: Kadir Edison
KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan berbincang dengan kabinet persekutuan untuk memperuntukkan dana tahunan projek pertanian zon padi di Sarawak.
Dana itu bagi pembangunan infrastruktur sistem saliran dan pengairan jelapang padi di zon-zon yang telah di kenalpasti di berberapa bahagian di negeri berkenaan.
“Saya akan bawa balik untuk berbincang dengan Kementerian Petanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi dan juga Perdana Menteri supaya ada peruntukkan secara tahunan.
” Ini akan dapat membantu dalam kita menyiapkan kesemua infrastruktur sistem saliran dan pengairan jelapang padi di zon-zon terbabit seperti yang di sebut oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” kata beliau.
Menurut Fadilah, yang menghadiri Sarawak Agrofest 2023 di sini, perbincangan itu antara lain bagi meneliti butiran keperluan yang telibat dalam usaha untuk membangunkan infrastruktur di semua zon-zon yang telah di kenalpasti itu.
Keputusan daripada penelitian terbabit seterusnya akan digunakan untuk menentukan jumlah peruntukan yang bakal diberikan bagi membangun semua infrastruktur terlibat.
Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perbincangan bersama kerajaan persekutuan sebelum ini telah mengenalpasti beberapa kawasan yang sesuai untuk melaksanakan projek estet padi di negeri berkenaan termasuk, Banting, Sri Aman, Lubok Punggor, Simunjan, Tanjung Purun, Lundu, Betong dan kawasan penanaman padi bukit di Baram.
| ARTIKEL BERKAITAN: