comscore
Tumpuan :
Nasional

TPM ajak rakyat pupuk persaudaraan, bekerjasama bina negara berjaya dan sejahtera

FOTO: Zahid Hamidi/ Facebook

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat memupuk rasa persaudaraan serta bekerjasama dalam usaha membina sebuah negara yang berjaya dan sejahtera.

Menurut beliau, pada Awal Muharam ini, rakyat diminta bangkit untuk bersama mengeratkan lagi semangat perpaduan, membina komuniti yang harmoni dan saling mendukung antara satu sama lain.

“Selamat Menyambut Awal Muharam 1446H. Insya-Allah, mudah-mudahan tahun baharu ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada kita semua. Amin. Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam tadi.

“Marilah kita sambut Awal Muharam dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini