comscore
Tumpuan :
Nasional

Tong gas meletup di restoran dim sum

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Sebuah restoran dim sum di Jalan Campbell, di sini, mengalami kerosakan selepas berlaku letupan akibat kebocoran gas awal pagi tadi.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terjejas dalam kejadian itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sufian Md Zainudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.32 pagi.

Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai tiba di lokasi mendapati, premis restoran mengalami kerosakan akibat letupan gas.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat hadir dan membuat pemeriksaan sekitar bagi memastikan keadaan selamat.

“Tiada kemerbahayaan lain di lokasi dikenal pasti.

“Lokasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Difahamkan tiada pekerja dalam restoran ketika kejadian.

Nilai kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini