PETALING JAYA: “Tolong, jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda,” itu luah penyanyi, Aufahanie yang menggesa orang ramai tidak berkongsi gambar mayat abangnya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemui di Sungai Klang, Klang, semalam.
Dalam hantaran di IGs Aufa juga meminta orang ramai menghormati perasaan keluarganya yang berada dalam situasi sukar ketika ini.
“Sila turunkan, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya.
Selain itu Aufa turut memuat naik beberapa hantaran berupa gambar dan video kenangan dia bersama Afham yang dipanggil Am antaranya ketika mereka masih bayi dan ketika Afham menemaninya ketika membuat persembahan.
“I love you, Am. Bahagialah di Syurga Firdausi.
“No more random and funny videos with you. No more forcing you to do cringey poses with me,” tulis Aufa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan semalam mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
Katanya mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
Media sebelum ini melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang kelmarin.
Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.
Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.
Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Penyanyi dilapor hilang lepas keluar jogging di Stadium Klang
- [VIDEO] Misteri kehilangan Afham: ‘Balik lah Afham, kami semua risau’ – Kakak
- [VIDEO] “Rakaman CCTV tunjuk Afham berjalan di kawasan berhampiran jam 9.03 malam” – Abang ipar
- Mayat lelaki dijumpai di sekitar Jambatan Sungai Klang
- Mayat lelaki ditemui di Sungai Klang dipercayai milik penyanyi yang hilang – Polis
- Jenazah Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat