comscore
Tumpuan :
Nasional

Tolak penganjuran SUKMA 2024, fokus pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat

JOHOR BAHRU: “Kerajaan negeri mahu memberi fokus kepada ekonomi dan kebajikan rakyat”.

Itu alasan utama negeri Johor menolak tawaran sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia, SUKMA 2024.

Perkara itu dijelaskan Exco Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Mad Shah.

“Kita bukan menolak tapi lebih memfokuskan kestabilan rakyat khususnya bagi menumpukan ekonomi Dan Kebajikan rakyat khususnya di negeri Johor,” katanya mengulas keputusan kerajaan negeri menolak tawaran sebagai penganjur Sukma 2024.

Jelasnya, susulan keputusan itu kerajaan Johor menyerahkan kembali hak penganjuran temasya sukan itu kepada kerajaan pusat.

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini mengumumkan Sarawak dipilih sebagai penganjur SUKMA 2024.

Menurut Mohd Khairi meskipun menolak menjadi tuan rumah, Johor tetap komited untuk mengekalkan gelaran juara keseluruhan pada temasya SUKMA di Kuala Lumpur tahun lalu.

Begitupun beliau sedikit kecewa apabila acara kenu tidak dipertandingkan dalam SUKMA Sarawak 2024.

Ia kerana pada SUKMA Kuala Lumpur 2022 acara kenu menjadi lubuk kepada Kontinjen Johor sekali gus muncul sebagai juara keseluruhan buat julung kali.

Loading...
Terkini