comscore
Tumpuan :
Nasional

Tol Percuma Sebulan Di Lebuhraya SUKE

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Tol percuma selama sebulan diberikan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula jam 12 tengahari esok.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia sempena pembukaan fasa pertama lebuhraya itu melibatkan jajaran sepanjang 16.6 kilometer bermula dari Persimpangan Cheras-Kajang dan berakhir di Persimpangan Bukit Antarabangsa.

Katanya, usaha itu turut mengambil semangat Keluarga Malaysia dan sambutan Hari Malaysia 2022 yang juga diraikan esok.

Lebuhraya SUKE akan menjadi lebuh raya alternatif utama kepada salah satu laluan paling sesak di Lembah Klang iaitu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Laluan itu dijangka mampu menyuraikan trafik untuk beberapa lokasi strategik iaitu di sepanjang MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew sehingga 36% pada waktu puncak.

Beliau membuat pengumuman berkenaan di Majlis Pelancaran Fasa Pertama Pembukaan SUKE malam tadi.

Lebuh raya tiga lorong dua hala itu dibina dengan kos bernilai RM5.7 bilion.

Jajaran utamanya adalah sepanjang 24.4 kilometer melibatkan 14 persimpangan, 1 Kawasan Rehat dan Rawat serta dua hentian sebelah.

Loading...
Terkini