Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
PUTRAJAYA: Pemberian tol percuma sempena cuti musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengguna harus merancang perjalanan dengan lebih baik.
“Pengguna harus mengubah cara menggunakan jalan raya, terutama ketika musim perayaan”
Katanya, walaupun pampasan tidak diberikan secara tunai, tempoh konsesi tol terpaksa dipanjangkan.
“Langkah ini bukan sahaja membebankan kerajaan tetapi juga gagal mengurangkan kesesakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 Tahun 2024 di
Terdahulu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.