comscore
Tumpuan :
Nasional

Tol percuma di Plaza Tol Alam Damai hingga 29 Jun

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa merasmikan pembukaan Fasa 2 Lebuhraya SUKE hari ini.

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dibuka esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) sehingga Persimpangan Cheras-Kajang.

“Antara skop pembinaan lebuhraya ini adalah melibatkan pembinaan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi, selain pembinaan satu plaza tol secara bertingkat iaitu di Plaza Tol Alam Damai,” kata beliau semasa merasmikan pembukaan Fasa 2 Lebuhraya SUKE hari ini.

Kedua-dua persimpangan baharu yang bakal dibuka itu dijangka mampu membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu
lintas khususnya pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menjangkakan sebahagian pengguna MRR2 akan beralih ke Lebuhraya SUKE dapat menjimatkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.

Tambah Datuk Seri Alexander, sempena pembukaan ini, Plaza Tol Alam Damai akan beroperasi secara percuma selama dua minggu.

“Pengguna boleh menggunakan laluan ini bermula jam 12.01 tengah malam. Tol akan diberikan secara percuma selama dua minggu untuk pengguna yang melalui Plaza Tol Alam Damai,” tambah beliau.

Selepas tempoh dua minggu percuma, laluan Plaza Tol Alam Damai ini akan dikenakan bayaran RM2.30.

Loading...
Terkini