![](https://media.buletintv3.my/2025/02/heli-hempas-2.jpg)
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek miliknya di kawasan Bentong.
Laporan awal menyatakan juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja syarikat helikopter iaitu warga Indonesia meninggal dunia.
TNB melalui kenyataan memaklumkan, pihaknya mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terbabit dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek berkenaan.
“Pasukan Bomba juga telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.
“TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini,” katanya sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [TERKINI] Seorang maut, helikopter terhempas di Bentong
- CAAM sahkan helikopter terhempas dikendalikan MHS Aviation Berhad
- Nahas helikopter: Juruterbang diselamatkan oleh pengawal keselamatan – Polis
- Nahas helikopter: Helikopter hilang kawalan kerana skid bergesel dengan tempat pendaratan
- Nahas helikopter: Identiti mangsa maut terkena libasan bilah helikopter dikenal pasti