Tumpuan :
Nasional

Tipu isteri Along Cham, suami isteri ditahan

KUALA LUMPUR: Suami isteri ditahan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 membabitkan isteri pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan polis, malam tadi.

Menurutnya, isteri kepada pelawak itu antara tiga individu yang sudah dirakam keterangan setakat ini.

“Kedua-dua suspek ditahan pada 10 malam di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang.

“Kita akan memohon reman mereka di Mahkamah Kajang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan, polis mengesahkan menerima laporan daripada Afreena berhubung kes penipuan dana berjumlah hampir RM100,000.

Sebelum itu, isteri kepada pelawak berkenaan dilaporkan tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika, atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.

Afreena hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membuat laporan berkenaan, sambil bertegas kebenaran akan terungkap.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini