Oleh: Nurul Amalina Zainudin
SEPANG: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dengan rondaan skuter elektrik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan PDRM bersama pihak KLIA sentiasa membincangkan untuk meningkatkan kecekapan kawalan keselamatan sama ada dari PDRM ataupun pengurusan KLIA.
“Saya dah rancang dari awal tahun lagi dan kerajan Selangor setuju untuk beli bagi kegunaan (rondaan keselamatan) polis Selangor, kita akan dapat skuter ini dalam masa terdekat.
“Bila ada skuter ini, respon lebih cepat dan lebih luas kawasan rondaan dalam masa yang singkat,” katanya.
Polis turut memberi cadangan kepada pengurusan KLIA untuk menutup lorong paling hampir dengan Balai Ketibaan dan Balai Pelepasan kerana melihat laluan-laluan itu paling berisiko mendapat ancaman.
Selain itu, penggunaan alat pengesan (scanner) di pintu-pintu masuk juga turut dicadang kepada pihak KLIA untuk mengesan dan mencegah lebih awal orang awam yang membawa barang-barang terlarang.
“Orang awam boleh masuk tanpa sebarang kawalan yang ketat, tidak seperti lapangan terbang di negara lain, kalau nak masuk ada alat pengesan ‘scanner’ dan sebagainya.
“Saya percaya pihak KLIA sendiri dan kementerian berkaitan akan kaji untuk mengehadkan ataupun membuat kawalan lebih ketat,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pengawal peribadi masih kritikal, perlu jalani pembedahan lagi
- Kes tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1: Suspek dipercayai melarikan diri ke utara
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera
- Tembakan di KLIA: Isteri suspek mohon semua pihak rujuk kenyataan rasmi polis
- [VIDEO] Polis Kedah ketatkan kawalan di sempadan susulan insiden tembakan di KLIA
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN