KUALA TERENGGANU: Hanya tinggal lima mangsa banjir daripada sebuah keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Setiu.
Sehingga jam 12 tengah hari ini, mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rhu 10 yang mula dibuka pada Sabtu lalu.
Ia menyaksikan jumlah mangsa menurun berbanding seramai 1,052 orang daripada 260 keluarga di 10 PPS di daerah Kuala Nerus dan Setiu jam 8 pagi tadi.
Pengurangan itu susulan penutupan lapan PPS di daerah Kuala Nerus dan satu PPS di Setiu.
Sebelum ini, seramai 976 mangsa daripada 247 keluarga berada di lapan PPS di Kuala Nerus.
Kesemua PPS itu ditutup secara berperingkat bermula pagi tadi selepas kesemua mangsa yang terjejas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.
Di Setiu, PPS SK Kampung Telaga Papan yang menempatkan 71 mangsa daripada 12 keluarga juga ditutup.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.