comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan sekumpulan individu masak mi segera di stesen minyak terima kecaman

Tangkap layar video tular

KUALA LUMPUR: Memasak mi segera di sebuah stesen minyak, tindakan oleh sekumpulan individu dipercayai ahli kelab kereta itu menerima kecaman warganet.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Genting Highlands itu menjadi perbualan hangat netizen selepas video berdurasi 56 saat memaparkan mereka memasak mi segera, tular.

Video berkenaan juga menunjukkan kumpulan itu menjamu selera sebelum sebuah kereta peronda polis (MPV) dilihat hadir ke lokasi berkenaan.

“Dekat stesen minyak nak hisap rokok pun tak boleh, dia siap masak. Tanda amaran larangan merokok, mati enjin kereta ada di situ tapi budak-budak ini bawak api masak terus dekat situ.

“Belum pernah lagi aku jumpa manusia dekat muka bumi ini yang healing guna stove dekat stesen minyak.

“Tak perlu sekolah pun untuk belajar common sense,” itu antara luahan warganet di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini