comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan pantas anggota bomba selamatkan lelaki terkunci dalam kereta

JOHOR BAHRU: Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat Larkin berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta Viva yang berkunci di Jalan Murni, Taman Suria dekat sini, pagi tadi.

Menurut pusat gerakan operasi bomba dan penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan  jam 7.27 pagi, bahawa terdapat seorang lelaki dewasa tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang berkunci.

Susulan itu sebuah jentera bersama 3 anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Kup Aslan.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk membuka tingkap kereta yang berkunci sebelum berjaya mengeluarkan mangsa dan dihantar ke hospital dengan menaiki kenderaan orang awam” katanya.

Mangsa yang berumur 40 tahun sedang dirawat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini