comscore
Tumpuan :
Nasional

Tindakan nekad anggota polis Marin selamatkan 3 pemancing warga emas hanyut

Foto ihsan Polis Marin Wilayah Dua Johor

Oleh: Zahir Senapiah.

MERSING : Seorang anggota bot ronda polis marin Wilayah Dua Johor bertindak nekad dengan berenang ke pantai hanya dengan memakai jaket keselamatan dan bergantung kepada tali pada pelampung keselamatan demi menyelamatkan tiga pemancing yang terperangkap di Pulau Hujung, perairan Mersing, pagi tadi.

Ketiga-tiga mangsa kemudiannya dipakaikan jaket keselamatan dan berenang ke arah bot dengan memegang pada tali yang diikat pada pelampung keselamatan itu.

Foto ihsan Polis Marin Wilayah Dua Johor

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan daripada rakan mangsa bahawa tiga pemancing warga emas telah hanyut selepas enjin bot yang mereka rosak ketika keluar memancing semalam.

“Susulan itu sebuah bot polis marin di Mersing digerakkan ke lokasi dan berjaya menemui 3 mangsa terbabit, kira-kira 300 meter dari pantai Pulau Hujung, tempat mereka berteduh selepas hanyut,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun ketika itu air cetek dan berbatu dan bot tidak dapat merapat ke pantai.

“Salah seorang anggota bot ronda yang memakai jaket keselamatan bertindak berenang ke pantai menggunakan tali yang dipasang pada pelampung keselamatan dan berjaya membawa ketiga-tiga mangsa dengan berenang ke bot dengan selamat,’  jelasnya.

Foto ihsan Polis Marin Wilayah Dua Johor.

Semalam ketiga-tiga mangsa dilaporkan hanyut ketika keluar memancing di sekitar perairan Pulau Hujung selepas bot fiber yang mereka naiki yang menggunakan enjin 85 Hose Power (HP) mengalami kerosakan dan hanyut.

Salah seorang mangsa berjaya menghubungi rakannya di darat memaklumkan kejadian berkenaan.

Mangsa hanyut hingga ke Pulau Hujung dan mereka berlindung di pulau berkenaan.

Semua mangsa dalam keadaan selamat telah dibawa pulang ke jeti Markas Pasukan Polis Marin Mersing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini