Tumpuan :
Nasional

Tindakan 2 anggota bantu orang awam kesempitan wang sebagai semangat kepolisan sebenar – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Tindakan murni dua anggota polis membantu seorang awam yang kesempitan wang ketika mencari kerja mendapat pujian ramai.

Kejadian itu tular selepas satu video memaparkan perbualan antara seorang lelaki tempatan yang menahan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan cuba menjual seutas jam kepada anggota terbabit kerana terdesak.

Dalam video berdurasi tiga mini 35 saat itu, lelaki berkenaan mendakwa sedang mencari pekerjaan namun gagal menyebabkan dia cuba menjual jam miliknya kepada anggota peronda terbabit.

Bagaimanapun dua anggota terbabit menolak untuk membeli jam berkenaan sebaliknya memberikan sejumlah duit poket bagi membantu meringankan beban lelaki berkenaan.

“Saya beli (jam) dalam RM490, saya bajet jam RM100 dapat jual, nak beli barang untuk anak sahaja.

“Saya cari kerja di Puchong, pusing-pusing sampai ke sini (Petaling Jaya),” kata lelaki itu ketika disoal oleh anggota polis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan mulia Koperal Mohd Fandy Abd Lahit dan Lans Koperal Mohmmad Hafizul Hakimi merupakan semangat kepolisan yang sebenar.

“Mereka menunjukkan kebaikan dan keikhlasan ketika menjalankan tugas di lapangan.

“Mereka akan diberikan surat penghargaan di atas tindakan murni itu,” katanya hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini