comscore
Tumpuan :
Nasional

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia

FOTO: Fahmi Fadzil / Facebook

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia awal pagi tadi.

Ia dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook.

“Saya baru terima perkhabaran sedih yang Dr Syed Husin Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

“Antara lain, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden KEADILAN, Presiden Parti Rakyat Malaysia, dan Profesor di Universiti Malaya.

“Saya telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lepas. Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.” katanya.

Tambah beliau, Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, selain telah menerbitkan banyak buku termasuk “Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara” yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta “Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN”.

Allahyarham juga banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air.

“Saya sendiri pernah membantu kempen Allahyarham pada PRU 2004 waktu beliau bertanding di PJ Selatan.

“Dr Syed seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan. Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin, dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.” ujar Fahmi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini