Tumpuan :
Nasional

Timbalan Ketua Polis Negara ziarah keluarga Safsufarnisya

Timbalan Ketua Polis Negara merakamkan ucapan takziah pada bapa allahyarham, Salleh Eizan

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain dan isteri, Puan Sri Zainah Othman hari ini menziarahi ahli keluarga Allahyarham Safsufarnisya Salleh, 26 tahun di kediaman mereka di Kampun Bendang Baru, Simpang Empat, disini.

Kunjungan itu bagi menyampaikan ucapan takziah daripada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sokongan moral agar mereka tabah serta kuat menghadapi ujian tersebut.

Turut hadir, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad bersama barisan ketua polis daerah dan ketua-ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis serta Speker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan.

Difahamkan, proses bedah siasat mangsa di baru selesai dilakukan di Hsopital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat, disini.

Dalam kejadian sekitar 6 pagi semalam, seorang wanita ditemukan mati dipercayai ditembak suaminya yang juga seorang anggota polis di rumah mereka di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, disini.

Mangsa, Safsufarnisya Salleh, 26 tahun, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di atas tilam di dalam bilik utama dengan kesan kecederaan pada bahagian muka.

Loading...
Terkini