comscore
Tumpuan :
Nasional

Tikus ‘lepak’ di kaunter bayaran, KKM arah restoran makanan segera ditutup

Tangkap layar seekor tikus di kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan tular di media sosial.

SHAH ALAM: Gara-gara seekor tikus muncul di kaunter pandu lalu, sebuah restoran makanan segera di sini, diarah tutup selama 14 hari.

Notis arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang yang turun ke lokasi selepas video tikus di kaunter pandu lalu itu tular di media sosial.

PKD Klang ke restoran berkenaan untuk membuat pemeriksaan dan mengarahkan restoran ditutup selama 14 hari bermula 8 hingga 21 Februari, mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Tindakan itu diambil kerana premis terbabit didapati tidak bersih dan mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang ramai.

Notis arahan penutupan itu turut tular di media sosial sejak beberapa hari lalu malah diulang kongsi di media sosial. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini