Tumpuan :
Nasional

TikToker ditahan, bantu siasatan kandungan berunsur penghinaan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik di akaun berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penahanan dibuat susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang dimuat naik.

“Kelmarin pada jam 4.30 petang pengadu melihat satu kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun @ryanwong_5845 di aplikasi TikTok.

“Kandungan berkenaan mengeluarkan kenyataan bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina Institusi Diraja bagi membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas satu telefon pintar jenis Galaxy Z Flip 5.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih diteruskan dan perkembangan kes akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini