comscore
Tumpuan :
Nasional

TikTok, Google dan META perlu dilesenkan – Fahmi Fadzil

KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multinedia Malaysia (MCMC) percaya wujud keperluan untuk mendaftar dan melesenkan platform media sosial utama, iaitu Google, META dan TikTok.

Ia sebagai memastikan platform itu turut memberi pulangan semula kepada industri media negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, isu itu perlu diteliti dengan serius berikutan penguasaan platform media sosial itu memberi impak terhadap industri media tempatan.

“Selepas pertemuan MCMC dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan beberapa platform media sosial yang besar seperti TikTok, Google dan META, saya sudah membincangkan beberapa perkara dengan MCMC untuk meneliti keperluan bagi mendaftar dan melesenkan beberapa platform terbabit.

“Antara lain kita melihat ada keperluan untuk mempertimbangkan satu mekanisme untuk ketiga-tiga platform itu sumbang balik kepada industri media di Malaysia,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Kasih@HAWANA kepada kakitangan RTM, Irwan Budi yang menghidap penyakit kronik di kediamannya di Taman Sourabaya Indah, Petra Jaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keperluan untuk melesenkan tiga platform media sosial itu perlu kerana banyak konten yang dihasilkan oleh organisasi media di Malaysia mereka manfaatkan.

“Namun, pulangan kepada organisasi media tempatan amat kurang, jadi kita akan terus meneliti isu itu untuk memastikan ekosistem media Malaysia mampan dan sihat,” katanya.

Loading...
Terkini