comscore
Tumpuan :
Nasional

TikTok Awards Malaysia 2024 catat 20.3 juta tontonan video di platform digital TV3

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Kemeriahan tahun kedua TikTok Awards Malaysia hasil kolaborasi TikTok dan TV3 terbukti, dengan pencapaian hebat 20.3 juta tontonan video di platform digital TV3.

Malam anugerah gilang-gemilang itu telah meraikan 14 bintang baharu pencipta kandungan (content creators) TikTok, menerusi siaran langsung dari Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos lalu, di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia.

Kandungan di seluruh platform media sosial dibawah jenama Media Prima Berhad telah menunjukkan impak luar biasa, apabila berjaya menarik perhatian lebih 20.3 juta tontonan video (social media video views) setakat 12 Ogos.

Pencapaian ini juga mencatat 6.7% kadar penglibatan setiap tera (engagement rate per impression) dengan lebih 9.7 juta interaksi di semua platform TV3.

Impak luar biasa, lebih 20.3 juta tontonan video di seluruh platform media sosial Media Prima Berhad

Kandungan yang dihasilkan meraih perhatian pelbagai generasi termasuk Generasi Z, dengan 51% kandungan berunsur kekaguman dan 34% pula berunsur kegembiraan (Sumber: Aplikasi Brand24).

Menerusi capaian penonton dan data dari media sosial, jelas menunjukkan TV3 berjaya memikat golongan Gen Z di samping mengukuhkan jenamanya dalam kalangan pasaran massa, selari dengan statusnya sebagai stesen nombor 1 negara.

Kategori yang dinanti-nantikan iaitu ‘Creator of the Year’ telah dimenangi oleh Che Sayang (@chesayang_kitchen).

Che Sayang (Creator of the Year) bersama Bella Astillah (Celebrity of the Year)

Ucapannya memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus bermimpi dan berusaha dalam mencapai impian masing-masing.

Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid membawa pulang hadiah berbentuk trofi dan telefon pintar tajaan Siri Honor 200 5G.

Semua pemenang bagi setiap kategori juga membawa pulang hadiah trofi, manakala pemenang kategori ‘Beauty & Fashion Creator of the Year’ memenangi hadiah trofi dan wang tunai RM10,000 tajaan The Raw.

Beauty & Fashion Creator of the Year, Aishah Rahim

Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori di TikTok Awards Malaysia 2024

ANUGERAH PILIHAN POPULAR (People’s Choice Awards):

Creator of the Year: @chesayang_kitchen

Video of the Year: @agy.official

Celebrity of the Year: @bellaastillah_94

TikTok LIVE Creator of the Year: @acaps19

TikTok Shop Creator of the Year: @yang

ANUGERAH PILIHAN JURI (Judge’s Pick Awards):

Entertainment Creator of the Year: @kanafly

Animation Creator of the Year: @yimotapir

Gaming Creator of the Year: @kingshahx

Education Creator of the Year: @aminxabid

Food Creator of the Year: @tang_guo12

Sports Creator of the Year: @amaranas_

Beauty & Fashion Creator of the Year: @aishahrahim07

Loading...
Terkini