Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiket bas perjalanan dua hala dari Terengganu ke Lembah Klang habis terjual

 

KUALA TERENGGANU: Tiket bas ekspres bagi perjalanan dua hala dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dan dari Kuala Lumpur  ke Terengganu sempena sambutan Aidiladha tahun ini telah habis terjual sejak seminggu lalu.

Menurut Pengurus Operasi Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zam Zam Musa tiket bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke utara dan selatan tanah air turut habis dibeli pelanggan.

“Bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke semua destinasi ke utara, selatan dan pusat bandar raya Kuala Lumpur tiket sudah habis dijual dari minggu lepas lagi dan tiket bagi tarikh pulang selepas hari raya pertama dan kedua juga telah habis untuk semua destinasi.”

Katanya, pihaknya menjual sehingga 3,000 keping tiket sehari bagi perjalanan bermula 27 Jun hingga 2 Julai berbanding 1,000 tiket pada hari biasa.

Peningkatan ketara disebabkan pertembungan cuti sambutan hari raya Aidiladha dan penuntut pusat pengajian tinggi awam juga turut memulakan cuti semester.

Tinjauan di Terminal Bas MBKT di Kuala Terengganu mendapati masih ada yang mencuba nasib untuk membeli tiket bas di saat akhir untuk balik beraya di kampung.

Beberapa orang daripada mereka mengeluh kerana tidak dapat balik dan merasai suasana korban di kampung.

Manakala beberapa orang lagi kecewa kerana tidak dapat membelikan tiket untuk anak mereka pulang berhari raya bersama-sama.

Difahamkan tambahan 10 peratus tiket bas tambahan yang mula dijual hari ini bagi memberi peluang orang ramai beraya di kampung turut habis.

Loading...
Terkini