comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiket bas habis, Haikal nekad jalan kaki balik Kelantan

Foto Ihsan Kolej Komuniti Kepala Batas

KEPALA BATAS: Demi melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama, Muhammad Haikal Noor Azmin, 18 sanggup berjalan kaki untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan selepas mengetahui semua tiket bas ke pantai timur telah habis dijual.

Bagaimanapun, rezeki buat Haikal kerana ketika dia sedang berjalan sambil membawa beg pakaian, pensyarahnya yang kebetulan dalam perjalanan pulang ternampak Haikal di Jalan Bertam Indah 2 kira-kira pukul 7 petang semalam.

Menurut Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts Jasni Mohd Yusof, pihaknya telah menghantar pulang pelajar itu ke Kelantan bagi dengan menggunakan kenderaan jabatan hari ini.

” Ia merupakan sumbangan dan inisiatif semua kakitangan Kolej Komuniti Kepala Batas bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan, ” katanya

Haikal merupakan pelajar Sijil Animasi 2D di kolej berkenaan dan difahamkan kurang sempurna dari segi pergerakan dan pertuturan juga telah kehilangan ayah sejak berusia 11 tahun lagi.

Loading...
Terkini