comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga warden cedera, banduan merusuh di penjara

TAIPING: Polis menerima laporan insiden rusuhan melibatkan lapan banduan di Penjara Taiping di sini, Khamis lalu yang menyebabkan tiga warden mengalami kecederaan ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian sekitar pada jam 3.30 petang itu bermula dengan provokasi yang membawa kepada pertengkaran dan pergelutan diantara banduan dan warden tersebut.

Tambah Mohamad Nasir lapan banduan tersebut baru mendaftar masuk ke penjara tersebut selepas selesai menjalani kuarantin di Pusat Koreksional Kamunting.

Mohamad Nasir berkata, warden penjara yang cedera telah mendapat rawatan di Hospital Taiping manakala lapan banduan tersebut tidak mengalami kecederaa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini