comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga struktur bumbung tanpa permit di Jalan Hang Tuah dirobohkan 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan tiga struktur kekal berbumbung tanpa permit yang sah dan pindah halangan di Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Seputeh dan Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL.

“Tindakan khas yang dijalankan adalah menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Antara barangan yang disita adalah gerai kayu, batang besi, batang aluminum dan lain-lain,” katanya.

Kenyataan itu menyebut barang dan peralatan yang telah disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

“Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini