Tumpuan :
Nasional

Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran rumah

Oleh Shaharil Kadir

SITIAWAN: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Taman Dinding, Air Tawar di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 9.48 pagi.

Anggota bomba bersama jentera dari balai Air Tawar dibantu anggota dari balai bomba Sitiawan bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.

Sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang 50 peratus musnah terbakar.

Terdapat tiga mangsa, terdiri daripada seorang lelaki berusia 28 tahun, seorang wanita, 34 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan, 4 tahun.

Mangsa lelaki mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala wanita dan kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mangsa dibawa keluar oleh pihak bomba dan seterusnya diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Air Tawar.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.30 petang.

Loading...
Terkini