comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga PPS di Kedah ditutup, namun mangsa di Baling meningkat

Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup di negeri ini hari ini menyebabkan mangsa banjir berkurangan kepada 826 mangsa daripada 262 keluarga setakat jam 8 malam ini.

Jumlah itu dilaporkan berkurangan berbanding 1,330 mangsa daripada 437 keluarga yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Baling semakin bertambah kepada 247 mangsa daripada 92 keluarga di lima PPS berbanding 182 mangsa daripada 76 keluarga sebelum ini.

Menurut laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS di daerah Pokok Sena ditutup selepas sebahagian mangsa banjir di daerah itu dibenarkan pulang ke rumah selepas air surut.

Ini menjadikan jumlah mangsa banjir di tiga PPS adalah seramai 245 mangsa daripada 68 keluarga ketika ini.

Daerah Kota Setar mencatatkan seramai 334 mangsa daripada 102 keluarga berbanding 419 mangsa daripada 130 keluarga di tiga PPS.

Dalam pada itu, PPS di daerah Kubang Pasu sudah ditutup sepenuhnya hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini