Tumpuan :
Nasional

Tiga PPS di Baling ditutup petang ini

BALING: Tiga Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di daerah ini sudah ditutup petang ini manakala satu lagi PPS masih dibuka kepada mangsa banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata cuaca semakin pulih semua mangsa di PPS Dewan Tun Abdul Razak (lama), Dewan Tun Abdul Razak (baharu) dan Kompleks Rakan Muda Batu 42 ditutup jam 4 petang ini.

Manakala PPS SK Kuala Ketil masih di buka dan menempatkan mangsa banjir seramai 55 mangsa daripada 21 keluarga.

Beliau berkata, mangsa dibenarkan pulang kerana cuaca kembali cerah dan selamat untuk pulang.

“Bagaimanapun saya menasihatkan mereka yang sering terjejas dengan banjir perlu berjaga-jaga sekiranya banjir melanda semula.

“Sekiranya keadaan bertambah buruk jangan berlengah lagi dan datang semula ke PPS yang disediakan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini