comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga maut, seorang parah kereta rempuh tiang elektrik

Oleh: Zahir Senapiah

SIMPANG RENGGAM: Tiga maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah kereta terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam ke Simpang Renggam dekat sini, malam tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku jam 11.30 malam menyebabkan dua mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Ziyad Azmi dan Ahmad Manan Zaini masing-masing berumur 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Muhamad Adib Ahmad Shahfarin, 21 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Manakala seorang rakan mereka, Nor Aminul Fitri Nor Azmi, 21 tahun parah dan dibawa ke hospital berdekatan.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 11.45 malam.

Sebuah jentera bersama bersama 14 anggota dari Balai Bomba Renggam diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Shoromi Salih dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba mendapati semua 4 mangsa tersepit dalam kereta, dua daripadanya disahkan maut. manakala seorang penumpang mengalami kecederaan kritikal dan seorang lagi parah, kedua-dua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan” katanya.

Operasi tamat jam 1.13 pagi.

Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini