comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga lelaki cedera dalam letupan di Plaza GM

Oleh: Fareez Azman

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki cedera selepas satu letupan berlaku di Kompleks Beli Belah Plaza GM di Lorong Haji Taib ibu negara petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 3.20 petang.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melibatkan letupan didalam premis pada jam 15:20 pm melalui sistem MERS999, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Keluaran pasukan operasi daripada BBP Titiwangsa bersama sebuah jentera dengan jumlah kekuatan seramai 7 orang anggota lain-lain pangkat,” jelasnya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Kesemua mangsa bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengisian gas penghawa dingin.

“Letupan juga telah mengakibatkan 3 orang lelaki dewasa cedera ringan serta terdapat runtuhan siling premis di tingkat 7.

“Mangsa diserahkan kepada pihak kkm untuk rawatan lanjut. Tiada sebarang kebakaran yang berlaku dan operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan itu lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini