Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu meningkat.
Selepas Daerah Kemaman, tiga lagi daerah di negeri itu terjejas iaitu Daerah Marang, Setiu, dan Hulu Terengganu.
Setakat jam 10.00 malam tadi, 212 mangsa membabitkan 54 keluarga dipindahkan di 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Seramai 97 mangsa (3 PPS) di Kemaman, 13 mangsa di Marang (1 PPS) dan 49 mangsa di Setiu (1 PPS) dan Daerah Hulu pula seramai 53 mangsa dipindahkan di 3 PPS.
Hujan kadang kala lebat masih berterusan di semua daerah.
Bagaimanapun, banjir dilaporkan dalam keadaan terkawal.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) menasitkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya diarah berbuat demikian.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.