comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga kilang memproses ayam tidak bertauliah diarah tutup 

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengarahkan tiga kilang memproses ayam di Batu Caves, di sini dikompaun dan diarah tutup.

Operasi bermula pada jam 2 pagi itu diketuai Timbalan Pengarah Kanan, Dr Nor Halizam Ismail yang melakukan pemeriksaan mengejut ke premis terbabit.

DBKL dalam laman facebook rasminya memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dilakukan pemilik perniagaan berkenaan.

“Antaranya tidak memiliki sijil tauliah penyembelihan dan tiada sijil halal, premis tidak bersih, menggajikan pekerja warga asing yang tiada suntikan tifoid, tiada sistem tapisan sisa serta menyalurkan sisa fizikal dan darah terus ke longkang awam.

“Susulan itu sebanyak lapan kompaun dikeluarkan iaitu tiga mengikut Undang Undang Kecil (UUK) 25(1)(b) UUKPPM (WPKL) 2016 kerana lantai dan dinding ruang pemprosesan ayam kotor dengan sisa efluen, lemak dan darah ayam.

“Manakala dua kompaun mengikut UUK 38(1) UUKPPM (WPKL) 2016 kerana gagal memberikan atau mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen serta tiga kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang,mengalirkan sisa efluen, lemak dan darah terus ke longkang atau saliran awam,” katanya.

Menurutnya, pengurusan kilang diberi amaran dan nasihat berkaitan kehendak-kehendak kesihatan manakala dua premisdiarahkan tutup serta merta melalui Notis Perintah Penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan UUK 28(1) UUKPPM (WPKL) 2016 bagi melakukan pembersihan dan penambahbaikan.

“Selain itu, laporan juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Pelesenan dan Perniagaan untuk pembatalan lesen serta turut dipanjangkan kepada agensi sahabat iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam untuk tindakan lanjut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini