Tumpuan :
Nasional

Tiga kereta musnah dalam kebakaran

FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Tiga kereta yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Datuk Kumbar, di sini dipercayai musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran kenderaan pada jam 2.07 pagi.

FOTO: NSTP

Beliau berkata, sebuah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Mutiara serta Tanah Merah dihantar ke lokasi kejadian kebakaran.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.”Tiga kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu adalah Proton Satria, Hyundai dan BMW,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FOTO: NSTP

Abd Rahim berkata, bagaimanapun kejadian kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau berkata, setakat ini Pasukan Forensik Dari JBPM Kedah sedang melakukan siasatan termasuk peratusan kebakaran ketiga-tiga kenderaan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu oleh pihak bomba setakat ini.

Loading...
Terkini