comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Kuala Kurau

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian ini.-Foto Ihsan: JBPM Perak.

Oleh: Kumaran Rajamoney

KUALA KURAU: Sebuah rumah musnah dalam satu kebakaran di Parit Sungai Burong, di sini awal pagi tadi.

Pusat gerakan Bomba negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 3.07 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau yang tiba kira-kira 3.41 pagi mendapati api marak dengan kebakaran melibatkan kemusnahan 80 peratus struktur rumah.

“Turut terbakar 3 buah kenderaan iaitu jenis Proton Wira musnah 30 peratus, Toyota Avanza musnah 80 peratus, Perodua Kancil musnah 80 peratus.”

Foto Ihsan: JBPM Perak

“Kemusnahan turut melibatkan enam buah motosikal yang tidak dapat dikenalpasti, terbakar setiap satunya 90 peratus kemusnahan. Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran tiga pancutan bekalan air pam angkut dari air terbuka parit berdekatan dan bantuan tenaga dari BBP Bagan Serai, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Kurau dan PBS Jalan Bawah.

Operasi tamat sepenuhnya jam 5.21 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini