Tumpuan :
Nasional

Tiga kereta dan sebuah rumah hangus dalam kebakaran

Foto Ihsan JBPM Johor

KOTA TINGGI: Sebuah rumah separuh kekal dan tiga buah kereta hangus dalam kebakaran di Felda Air Tawar Dua, malam tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 11.26 malam.

Sebuah jentera bersama 15 anggota bomba dari Balai Saban Cove, diketuai pegawai bomba kanan dua, Mohd Rafi Mohd Nor bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba anggota bomba berusaha memadam kebakara dan berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh 19 minit.

“Rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 3.3 meter itu hangus 90 peratus dan turut terbakar tiga buah kereta, iaitu sebuah Proton Kenari, Saga dan Wira” katanya.

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 1.18.pagi dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini