Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga kenderaan, dua motosikal disambar api, gerai mercun terbakar

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Sebuah gerai menjual mercun dilaporkan terbakar 100 peratus dalam insiden kebakaran di Jalan Dataran Cheras 6, Cheras pada jam 9.53 malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor, kebakaran turut menjejaskan tiga buah kenderaan serta dua lagi motosikal.

Kebakaran yang marak daripada gerai berkenaan merebak pantas sebelum menyambar kesemua kenderaan berkenaan yang dipercayai berada berhampiran dengan gerai terbabit.

“Kebakaran melibatkan gerai mercun terbakar 100 peratus dan merebak ke tiga buah kereta iaitu Toyota velfire terbakar 95 peratus, Perodua Bezza terbakar 80 peratus dan Proton Saga terbakar 40 peratus.

“Turut terbakar dua buah motosikal iaitu sebuah Yamaha Y15 terbakar 50 peratus dan Honda EX5 terbakar 50 peratus,” katanya hari ini.

Operasi pemadaman melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat BBP Bandar Tun Hussein Onn serta dibantu BBP Serdang dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera.

Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.05 malam.

Punca kejadian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini