comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga kedai berhampiran kuil hangus dalam kebakaran

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Tiga kedai berhampiran Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di Jalan Kuala Ketil di sini musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Ismail Mohd Zain dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.47 tengah malam.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati kebakaran melibatkan enam unit bangunan kelas C. Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran 200 kaki dan tiga pancutan dari jentera bomba.

“Tiga unit terbakar sehingga 90 peratus, manakala tiga yang lain dapat diselamatkan dengan anggaran kebakaran hanya lima peratus,” katanya.

Tiada mangsa  dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Operasi pemadaman membabitkan 14  anggota dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang, Sungai Petani dan Bedong .

Loading...
Terkini