comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga kanak-kanak lemas di Pantai Teluk Lipat 

DUNGUN: Tiga kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 10 tahun lemas ketika mandi di Pantai Teluk Lipat.

Tiga sahabat itu dilaporkan mandi di pantai itu, kira-kira jam 3 petang tadi.

Seorang mangsa terselamat, manakala dua lagi hilang dibawa ombak besar.

Mangsa pertama jam 4.57 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian, manakala mangsa kedua ditemui jam 6.24 petang, 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Dungun mendapat panggilan berhubunga kejadian kira-kira jam 3.22 petang tadi.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini