comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga Jambatan Bailey dibina sepanjang musim tengkujuh

Kerja memasang jabatan bailey Jalan Kuantan-Segamat dan kini hampir siap sepenuh. FOTO: NSTP

PEKAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) memasang tiga jambatan panel keluli bermodular atau jambatan bailey di tiga negeri sepanjang musim tengkujuh sejak November lalu.

Timbalan Menterinya, Ahmad Maslan, berkata jambatan bailey pertama yang siap dipasang ialah di Melaka pada 21 November lalu, disusuli di Jeli, Kelantan pada 9 Januari lalu.

Katanya, pemasangan jambatan bailey ketiga di Jalan Kuantan-Segamat-Pekan, di sini bermula 11 Januari lalu, iaitu terpantas kerana hanya mengambil masa tiga hari untuk disiapkan.

“Selalunya prosedur operasi standard (SOP) untuk memasang jambatan bailey sepatutnya antara lima dan tujuh hari tetapi di sini hanya tiga hari.

“Namun, disebabkan cuaca hujan, kerja untuk penurapan ke laluan jambatan bailey belum dapat disiapkan dan diharapkan pengguna jalan raya bersabar sebelum ia dibuka,” katanya.

Ahmad Maslam berkata demikian kepada media selepas meninjau kerja pemasangan jambatan bailey di kawasan projek naik taraf FT12, Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat, hari ini.

Jambatan bailey jenis Acrow 700XS itu sepanjang 30.48 meter dengan kelebaran 9.3 meter.

Ahmad berkata, JKR masih mempunyai stok jambatan bailey yang disimpan di stor jabatan berkenaan sekiranya berlaku kejadian seperti itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini