comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga disyaki pengikut GISBH ditahan di Johor

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dan dua wanita dipercayai pengikut fahaman Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siri serbuan di beberapa lokasi membabitkan empat daerah, di negeri ini, sejak dua hari lalu.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan ditahan dalam serbuan sekitar daerah Kota Tinggi.

Menurut sumber, mahkamah telah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap lelaki yang ditahan dan enam hari bagi dua wanita terbabit bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Selain Daerah Kota Tinggi, pasukan khas yang ditubuhkan turut menyerbu beberapa premis lain sekitar daerah Kluang dan Mersing namun tiada tangkapan dibuat dan premis kosong.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar yang diminta mengulas perkembangan itu memaklumkan sidang media berkaitan kes itu hanya akan dibuat Ketua Polish Negara, Tan Sri Razaruddin Husain.

Dua hari lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan bekerjasama dengan Polis bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISBH di negeri itu

Ia bertujuan untuk memelihara kemuliaan dan kesucian agama Islam.

Justeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat termasuk bekas ahli pertubuhan itu menyalurkan maklumat yang relevan bagi membantu siasatan dijalankan.

Tegasnya, MAINJ akan menggunakan seluruh kekuatan perundangan dan juga enakmen undang-undang sedia ada bagi mengekalkan keamanan beragama dan peraturan dipatuhi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini