Tumpuan :
Nasional

Tiga cedera, bas ekspres terbalik di Lebuhraya Utara Selatan

Oleh: Zahir Senapiah

SIMPANG RENGGAM: Tiga cedera manakala 34 lagi berdepan detik cemas selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 41.5  lebuhraya utara selatan arah utara, awal pagi tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari terminal bas Larkin menuju ke ibu negara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pusat gerakan operasi jabatan bomba dan penyelamat Johor, mangsa yang cedera terdiri dari seorang lelaki yang patah kaki dan seorang wanita, patah tulang tengkok.

Katanya, sebuah jentera bersama 6 anggota dari balai bomba dan penyelamat Renggam diketuai pegawai bomba kanan satu, Abdul Rahim Razali bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 3.54 pagi tadi.

Sebaik tiba mendapati sebuah bas ekspres yang dinaiki 37 penumpang termasuk pemandu terbabas dan terbalik. Pemandu bas bagaimananpun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota telah bertindak mengeluarkan 3 orang mangsa yang terperangkap di dalam bas dengan dibantu oleh penumpang yang lain” katanya dalam satu kenyataan.

Terdapat 4 kanak-kanak termasuk 2 lelaki dan 2 perempuan dalam bas berkenaan dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang cedera di hantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini