Tumpuan :
Nasional

Tiga cedera bas ekspres terbabas, terbalik akibat dilanggar lori tangki

Kemalangan membabitkan bas ekspres dan lori tangki di KM 16 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

KULAI: Seramai 24 penumpang bas ekspres cemas apabila bas dinaiki dilanggar dari belakang oleh sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 16 Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan kira-kira jam 4.20 pagi itu menyebabkan bas berkenaan terbabas sebelum terbalik di laluan bertentangan.

Beliau berkata, kejadian menyebabkan tiga penumpang bas mengalami cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori tangki dari arah Sungkai, Perak yang dalam perjalanan ke Johor Bahru, terlanggar bahagian belakang bas.

“Kemalangan menyebabkan bas ekspres terbabas dan terbalik di laluan bertentangan.

“Bas dinaiki 26 orang termasuk pemandu bas dan pembantunya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berusia 46 tahun dan pembantunya tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini