Tumpuan :
Nasional

Tiga bot pukat tunda asing ditahan, rampasan bernilai RM3 juta

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, meninjau bot yang ditahan berikutan menceroboh perairan Terengganu, di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perikanan Terengganu (JPT) berjaya menahan tiga buah bot pukat tunda dari negeri jiran yang menceroboh perairan negeri ini dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 1 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ketiga-tiga bot terbabit ditahan kira-kira enam batu nautika dari pantai Merchang, Marang.

Menurutnya, tiga tekong bersama-sama 12 orang kru ditahan bersama pelbagai jenis ikan, kelengkapan dan bot bernilai RM3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim, meninjau bot yang ditahan berikutan menceroboh perairan Terengganu, di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering. – FOTO: NSTP

Katanya, bot terbabit milik warga tempatan dan dikendalikan warga Myanmar berusia antara 21 hingga awal 50-an manakala pemeriksaan awal ke atas dokumen pengenalan diri kru bot terbabit dilihat meragukan.

“Bot terbabit melakukan kesalahan dengan memukat di kawasan perairan bawah 12 batu nautika dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

“Kesemua hasil tangkapan akan dilelong manakala nelayan terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas meninjau ketiga-tiga bot yang di tanah di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, di sini, hari ini.

Dua kesalahan dilakukan bot berkenaan mengikut Akta Perikanan 1985 menetapkan sehingga 12 batu nautika merupakan zon ekslusif untuk tangkapan nelayan Terengganu sahaja manakala nelayan negeri jiran tidak boleh menceroboh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini